Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Isnin 29/07/2019

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CFM 2019

Sebagai pengenalan, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) adalah sebuah forum industri yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang ditubuhkan sejak Februari 2001.

CFM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan CFM Ke-18 tahun 2019 yang akan dihadiri oleh ahli-ahli CFM yang terdiri daripada pihak Penyedia Perkhidmatan (Supply) dan Persatuan-persatuan Pengguna (Demand) di Malaysia, MCMC serta pihak berkepentingan CFM.

Antara perkara yang menjadi agenda dalam AGM kali ini ialah seperti berikut:
- Prestasi dan pencapaian CFM sepanjang tahun 2018
- Resolusi untuk penambahbaikan CFM dan isu-isu pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia

Selain itu, CFM juga akan mengumumkan tentang:
- Jumlah aduan pengguna yang diterima CFM dan aduan yang paling tinggi dilaporkan kepada CFM sehingga setengah tahun pertama (H1) 2019.
- Pengerusi dan Ahli Lembaga Majlis CFM yang baharu sesi 2019-2021


Kami menjemput rakan-rakan media hadir ke MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CFM 2019 pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 31 Julai 2019

Masa : 11.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari

Tempat : Auditorium, MCMC (Bangunan Lama), Jalan Impact, Cyberjaya


Sila klik di sini untuk Program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan mesyuarat tersebut.

SUMBER : Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Noor Shahdiella Abd Manan
Tel: 019 - 324 6036
Emel: shahdiella@cfm.my

Nama: Roharrashidah Abdul Halil
Tel: 017 - 896 1588
Emel: roharrashidah@cfm.my

Nama: Nur Shazwani Zainuddin
Tel: 017 - 401 2010
Emel: shazwani@cfm.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.