Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Rabu 31/07/2019

JEMPUTAN LAWATAN MEDIA KE PAMERAN RAJA KITA BERSEMPENA PERTABALAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia melalui Jabatan Muzium Malaysia akan menganjurkan Pameran Raja Kita bersempena Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI pada 5 Ogos 2019 hingga 5 November 2019 bertempat di Balairong Seri, Muzium Diraja (Istana Lama) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pameran ini mengetengahkan dan mengangkat Institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berperlembagaan agar terus terpelihara dan menjadi lambang kedaulatan negara yang memayungi setiap rakyat negara ini. Pameran Raja Kita ini menghimpunkan koleksi yang merujuk pada Institusi Yang di-Pertuan Agong dan sisi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong ke-XVI.

Sehubungan dengan itu, pihak kementerian menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan khas pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 2 Ogos 2019

Masa: 3.30 petang

Tempat: Bilik Menunggu Raja-Raja, Muzium Diraja (Istana Lama)


Lawatan media ini juga melibatkan sesi temu bual khas bersama Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim. Bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran yang perlu dikembalikan sebelum atau pada 2 Ogos 2019 jam 11.00 pagi.

Sila klik di sini untuk Borang Pengesahan Kehadiran

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan media tersebut.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Farah Shamin binti Mohd Azim Khan
Tel: 03-889 17192
Emel: farah.shamin@motac.gov.my

Nama: En. Fazil bin Wel
Tel: 012-395 2469
Emel: fazil@motac.gov.my

-BERNAMA













 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.