|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 31/07/2019
MAJLIS PELANCARAN SISTEM PENGURUSAN PEMBIAYAAN (LMS) DAN PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA LPPSA DENGAN BANK ISLAM DAN BSN
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ("LPPSA") akan mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") dan Bank Simpanan Nasional ("BSN") bagi menawarkan Skim Pembiayaan Perumahan Bersama (Joint Home Financing Scheme) kepada penjawat awam. Kemudahan tersebut akan membolehkan penjawat awam memohon pinjaman perumahan bersama pasangan, anak atau ibu bapa mereka yang berkhidmat di sektor swasta. Majlis ini juga bakal menyaksikan pelancaran Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS) bagi memudahkan urusan pelanggan LPPSA yang terdiri daripada penjawat awam untuk membuat permohonan pembiayaan perumahan sektor awam secara atas talian.
Majlis akan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Ir Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia; Yang Berbahagia Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengerusi LPPSA; Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam dan Yang Berbahagia Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif, BSN.
Hari/Tarikh: Jumaat 2 Ogos 2019
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Cashmere Ballroom, Zenith Hotel Putrajaya
Program
9.00 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media
9.15 pagi: Ketibaan Tetamu Kehormat dan Lembaga Pengarah LPPSA
9.30 pagi: Kata Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengerusi LPPSA
Ucapan Perasmian dan Pelancaran Sistem Pengurusan Pembiayaan oleh YB Dato' Hj Ir Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman antara LPPSA bersama BSN dan Bank Islam
11.00 pagi: Minum pagi dan bersurai
Sehubungan itu, kami dengan rasa besar hati ingin menjemput wakil media dan jurugambar/jurukamera daripada pihak Tuan/Puan untuk membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber: Bank Islam Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel: 019-3394491 / 03-2782 1232
Nama: Encik Omar Atin
Tel: 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|