Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 01/08/2019

JEMPUTAN KE PERASMIAN MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2019 OLEH YB MENTERI MESTECC

Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Selangor 2019 Oleh YB Menteri MESTECC akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 3 Ogos 2019

Masa: 10.30 pagi

Tempat Perasmian: Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam

Perasmi & VVIP:

(a) YB Puan Yeo Bee Yin
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

(b) YB Tuan Hee Loy Sian
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna


Sila klik di sini untuk PROGRAM DAN AKTIVITI PENUH MINGGU SAINS NEGARA (MSN) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2019

TENTANG MINGGU SAINS NEGARA

Minggu Sains Negara anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) adalah acara tahunan yang disambut bermula 2018. Padat dengan pelbagai pengisian dan aktiviti berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI), sambutan Minggu Sains Negara dilaksanakan di dalam dua fasa. Fasa pertama yang berlangsung dari 1 hingga 7 April 2019 manakala fasa kedua dilaksanakan pada 2 hingga 8 Ogos 2019 termasuklah di negeri Selangor ini.

TENTANG SEDA MALAYSIA
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia adalah badan berkanun di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). SEDA ditubuhkan pada September 2011 di bawah Akta SEDA 2011 [Akta 726] dengan tujuan utama memacu agenda tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga di negara ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Nama : En. Roslan Ali@Hassan (Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat)
Tel : 012-377 6983
Emel : ccd@seda.gov.my / roslan@seda.gov.my

Nama : Pn. Sazlinda Ayu Hj. Arshad (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat)
Tel : 017-787 9933
Emel : ccd@seda.gov.my / ayu.arshad@seda.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.