Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 02/08/2019

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL SAYANGI LAHAD DATU, SABAH 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) akan menghadiri festival tersebut dan menghadiri Majlis Perasmian Festival Sayangi Lahad Datu bagi mengiringi YAB Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal, Ketua Menteri Sabah.Beliau turut bersama-sama akan menghadiri beberapa lawatan pada hari tersebut seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 3 Ogos 2019

Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 malam

Majlis Perasmian: 7.00 malam

Tempat: Kompleks Sukan Lahad Datu, Sabah

Perasmian: YAB Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal, Ketua Menteri Sabah


Program

Atur cara lawatan YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Lahad Datu, Sabah pada 3 Ogos 2019 (Sabtu)

10.00 pagi: Lawatan ke Khemah Pameran & Majlis Penyampaian Sijil Peserta Pemerkasaan Komuniti Kraf Lahad Datu

(Tapak Pameran, Kompleks Sukan Lahad Datu)

3.00 petang: Kehadiran Isteri YB Menteri ke Pertandingan Memasak Masakan Tradisional Sabah dan Penyampaian Hadiah
(Kompleks Sukan Lahad Datu)

7.00 malam: Malam Gala Festival Sayangi Lahad Datu, (Pentas Utama, Kompleks Sukan Lahad Datu)
**Majlis Perasmian Festival Sayangi Lahad Datu oleh YAB Ketua Menteri Sabah

Sila klik di sini untuk Atur Cara Majlis Malam Gala

Table

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Nizam
JKKN Sabah
Tel: 011 319 22039

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.