|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 05/08/2019
TEMUBUAL "PROGRAM PEMULIHAN MATA PENCARIAN" PETRONAS BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI SELETAR
PETRONAS baru-baru ini memperkenalkan satu program tanggungjawab sosial korporat yang melibatkan komuniti Orang Asli Seletar di kawasan Masai, Johor, sebagai sebahagian daripada usaha syarikat ini untuk memperkasa dan meningkatkan kesejahteraan penduduk-penduduk berhampiran kawasan operasinya.
Program ini dikenali sebagai "Program Pemulihan Mata Pencarian" dan bertujuan meningkatkan pendapatan Orang Asli Seletar menerusi projek akuakultur ternakan kupang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini, PETRONAS ingin menjemput rakan-rakan wartawan ke temubual terbuka bersama Ketua Pemegang Kepentingan, Komunikasi dan Bahagian Pengurusan Risiko PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC) Sdn Bhd, Datin Anita Azrina Abdul Aziz.
Butiran temubual tersebut adalah seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 6 Ogos 2019
Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Kampung Kuala Masai, Johor
Google Map koordinat (1.469274, 103.865953)
Program
10.30 pagi: Pendaftaran media
11.00 pagi: Temubual bersama Datin Anita Azrina Abdul Aziz
Temubual bersama Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli daerah Johor Bahru, Yazid Beram
Temubual bersama Pengerusi, Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan, Azli Mohd Aziz
12.00 tengah hari: Lawatan ke lokasi penternakan kupang menaiki boat
12.30 tengah hari: Makan tengah hari
2.00 petang: bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan temubual tersebut.
Dikeluarkan oleh
Jabatan Perhubungan Media
Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan
PETRONAS
Sumber: PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Auliya Rasyid
Tel: 019 222 0179
Emel: auliya_rasyid@petronas.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|