|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 06/08/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA PROGRAM ZIARAH ASNAF YANG MEMERLUKAN BANTUAN ZAKAT
MAIWP sentiasa proaktif mencari dan mengenalpasti mereka yang dalam kesusahan hidup dan memerlukan bantuan. Dengan itu, bantuan zakat akan disalurkan bagi meringankan beban mereka. Terbaru, MAIWP telah menerima maklumat mengenai 4 keluarga yang dalam kesempitan hidup dan memerlukan bantuan.
Sehubungan dengan itu, rakan-rakan media dijemput hadir membuat liputan Program Walkabout Pengerusi MAIWP, YBhg. Dato' Sri Syed Hussien Al Habshee yang akan turun padang yang akan menziarahi keluarga ini, turut serta ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB. Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil pada ketetapan seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 8 Ogos 2019
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Perkarangan Blok B, PPR Kerinchi Pantai Dalam, Lembah Pantai, KL
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Wan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Mohamad Zain
Bahagian Khidmat Pengurusan
Tel : 03-40479409 / 019-6644369
Emel : wfadhli@maiwp.gov.my
Nama: Puan Siti Noor Nazlia binti Nordin
Bahagian Baitulmal
Tel : 03-40477626 / 014-9812188
Emel : nazlia@maiwp.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|