|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 06/08/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PELANCARAN PROJEK KRAF KOMUNITI KU PUTRAJAYA
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan mengadakan Majlis Pelancaran Kraf Komuniti Ku (KKK) Putrajaya yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 8 Ogos 2019
Masa: 11.15 pagi
Tempat: Lobi Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Projek Kraf Komuniti Ku (KKK) merupakan inisiatif dan usaha Kraftangan Malaysia untuk memperkasa komuniti kraf di satu-satu kawasan atau daerah. Projek ini memfokuskan kepada pemantapan keusahawanan komuniti kraf melalui kemahiran dalam penghasilan, pengeluaran dan pemasaran produk kraf yang mampu meningkatkan pendapatan utama / sampingan dan taraf hidup sesebuah komuniti. Projek KKK dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama strategik pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan untuk membangunkan komuniti kraf yang lestari dan berdaya maju.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber: Kraftangan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Luqmanul Hakim bin Mokhtar
Tel: 012 - 309 9261
Nama: Puan Wan Zakiroh binti Megat Sulaiman
Tel: 012 - 616 9419
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|