|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 13/08/2019
MAJLIS PERASMIAN DAN SIDANG MEDIA NATIONAL ART COMPETITION 2019 (NAC2019)
National Art Competition 2019 (NAC2019) merupakan acara tahunan anjuran Global Art & Creative Sdn Bhd sejak dari tahun 2000 dan merupakan kali ke-19 penganjurannya di Malaysia. Para pemenang akan mewakili Malaysia ke International Art Competition (IAC2019) yang bakal berlangsung di Singapura pada Disember 2019.
Penganjuran kali ini dilihat lebih bermakna dengan penglibatan beberapa syarikat francais antaranya seperti The Manhattan Fish Market, Tony Roma's, Old Town White Coffee, Gloria Jean's Coffee dan lain-lain. NAC2019 akan dirasmikan oleh YB Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 18 Ogos 2019
Masa: 12.30 Tengah Hari
Tempat: Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tetamu Kehormat: YB Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Kod Pakaian: Kasual / Kemas
Program
12.30 Tengah Hari: Pendaftaran Media
1.00 Petang : Ketibaan VVIP & VIP
1.30 Petang : Nyanyian Negaraku
Ucapan Aluan oleh Mahair Goh, (Pengasas Global Art)
Ucapan Pembukaan oleh YB Chong Chieng Jen, (Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
Perasmian National Art Competition(NAC2019)
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Global Art dan The Manhattan Fish Market
Penyampaian Cenderahati
2.30 Petang : Sesi sidang media
Jamuan dan majlis bersurai
*Tertakluk kepada sebarang perubahan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian dan sidang media tersebut.
Sumber: Malaysian Franchise Association (MFA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nurul Ain
Tel: 011-2924 0213
Emel: ain.mohamad@mfa.org.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|