Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Isnin 19/08/2019

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI DAN MEMBUAT LIPUTAN BAGI MAJLIS "MALAM PENGHARGAAN MEDIA INVEST SELANGOR BERHAD 2019"

Sukacita dimaklumkan bahawa Invest Selangor Berhad akan menganjurkan majlis "Malam Penghargaan Media Invest Selangor Berhad 2019" yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Tuan Haji Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. Sehubungan itu, kami ingin menjemput pihak Y,Bhg. Tuan/Puan untuk hadir bagi membuat liputan bagi majlis ini yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 21 Ogos 2019

Masa: 7.00 malam

Tempat: Selangor Ballroom, Dorsett Grand Subang Hotel, Selangor

Pakaian: Lounge Suit / Batik

Sila klik di sini untuk Borang Pengesahan Kehadiran Media

Program

7.00 petang : Ketibaan Tetamu

7.30 petang : Ketibaan Y.B Dato' Teng Chang Khim,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) Negeri Selangor

7.45 petang : Ketibaan Y.A.B Tuan Amirudin Shari,
Dato' Menteri Besar Selangor

8.05 malam : Persembahan Pentas 1

8.10 malam : Ucapan Aluan Oleh YBhg. Dato Hasan Azhari Hj idris,
Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Selangor Berhad

8.15 malam : Ucapan Oleh Y.B Dato' Teng Chang Khim,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS), Negeri Selangor

8.25 malam : Persembahan Pentas 2

8.40 malam : Ucapan Oleh Y.A.B Tuan Amirudin Shari,
Dato' Menteri Besar Selangor

: Sambutan Ke-20 tahun Invest Selangor Berhad

9.05 malam : Penghargaan Invest Selangor Kepada Media

9.35 malam : Sesi Bergambar

9.55 malam : Persembahan Pentas 3

10.00 malam : Majlis Bersurai

Untuk makluman Y.Bhg. Tuan/ Puan, objektif utama majlis ini dianjurkan adalah bagi memberikan penghargaan serta merapatkan hubungan dua hala di antara pihak kerajaan Negeri Selangor dan Invest Selangor bersama rakan media yang telah membuat liputan berita dalam mempromosikan usaha-usaha menarik pelaburan ke negeri Selangor.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Haslinda/ Pn. Maryani/ En. Suhairi
Tel: 03-5510 2005/ 2006
Emel:haslinda@investselangor.my/maryani@investselangor.my/ suhairi@investselangor.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.