Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Selasa 20/08/2019

MAJLIS PERASMIAN PROMOSI JUALAN TUNAS NIAGA (PROTUNe) & PROGRAM PERINTIS USAHAWAN (PPU) TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya tuan/puan pengarang dijemput ke majlis seperti berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 23 Ogos 2019

Masa: 2.30 petang - 5.00 petang

Tempat: Atria Warisan, Kompleks PKNS Shah Alam

Program

2.45 Petang : Ketibaan Jemputan & Tetamu

2.50 Petang : Ketibaan Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

3.00 Petang : Ucapan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

: Gimik Perasmian oleh
YBhg. Dato' Mohd Azizi Bin Mohd Zain

: Lawatan ke Gerai Jualan

5.00 Petang : Jamuan & Bersurai

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus komited dalam menjayakan agenda keusahawanan dengan memberi peluang kepada 59 buah sekolah terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah yang terpilih di seluruh Negeri Selangor untuk menyerlahkan potensi keusahawanan menerusi Promosi Jualan Program Tunas Niaga (PROTUNE) dan Program Perintis Usahawan (PPU) berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos 2019.

Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato' Mohd Azizi Bin Mohd Zain.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: EKIN
Tel: 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.