|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 21/08/2019
TEATER BANGSAWAN : MENYERAHNYA SEORANG PUTERI
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan melaksanakan pementasan Teater Bangsawan 2019: "Menyerahnya Seorang Puteri" iaitu sebuah program bagi memartabatkan warisan seni Teater Tradisional yang autentik dan klasik melalui Bahasa dan pakaiannya. Pada dasarnya, penganjuran program ini sebagai langkah pemuliharaan dan pengekalan seni warisan serta memartabatkan kesenian ini ke tahap yang lebih cemerlang. Pada kali ini persembahan daripada Pertubuhan Seni Aspirasi Anak Pahang (PASAP) seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat, Sabtu & Ahad 23, 24 & 25 Ogos 2019
Masa: 8.30 Malam - 10.45 Malam
Tempat: Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Wakil media adalah dijemput untuk menyaksikan dan membuat liputan teater ini.
Teater Bangsawan ini mempunyai dua siri pada tahun 2019 di mana persembahan pertama ini akan dijayakan oleh Pertubuhan Seni Aspirasi Anak Pahang (PASAP) dengan tajuk "Menyerahnya Seorang Puteri" arahan oleh Roslan Madun dan Karya daripada Zakaria Ariffin. Beberapa watak ini juga akan dijayakan oleh Hairi Safwan dan artivis teater yang terkenal di Malaysia.
Sila Klik di sini untuk Sinopsis
Sila klik di sini untuk Poster Bangsawan 2019
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan teater tersebut.
Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:
Nama: Nik Mohd Fadly Bin Nik Mat
Tel: 013- 382 2115
Emel: nikfadly@jkkn.gov.my
Nama: Eldawati Binti Laung
Tel: 016-343 3415
Emel: eldawati@jkkn.gov.my
Nama: Nurhidayah Binti Zakaria
Tel: 019-559 6404
Emel: nurhidayah@jkkn.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|