|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 22/08/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE WORLD TOURISM CONFERENCE (WTC) 2019
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama World Tourism Organization (UNWTO) akan menganjurkan World Tourism Conference (WTC) 2019 dari 26 hingga 28 Ogos 2019 di Kuala Lumpur.
Bertemakan "Beyond Tourism, Beyond Expectations", antara konsep utama WTC 2019 adalah menyatukan pemimpin dunia dalam bidang pelancongan dari para pembuat dasar, pakar dan pakar tinggi dari sektor awam dan swasta, kepada ahli akademik dan wakil dari NGO. Program ini akan dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin hingga Rabu 26 - 28 Ogos 2019
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Media World Tourism Conference 2019 Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Sila klik di sini untuk Aturcara WTC 2019
Sila klik di sini untuk Borang Pengesahan Kehadiran
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan tersebut.
Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Jayappragas Muthuveeroo
Tel: 03-8891 7402
Emel: jayappragas@motac.gov.my
Nama: Encik Mohd Fazil bin Wel
Tel: 03-8891 7190
Emel: fazil@motac.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|