Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Isnin 26/08/2019

MAJLIS PELANCARAN HACKATHON 2019

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Pertandingan Hackathon Data Terbuka dan Hackathon Aplikasi Mudah Alih. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Pelancaran Hackathon 2019 akan diadakan seperti maklumat yang berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 27 Ogos 2019

Masa : 10.00 pagi

Tempat: Auditorium
Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC),
Blok 3730, Persiaran Apec,
63000 Cyberjaya.


Sila klik di sini untuk Program

Program ini merupakan satu platform pertandingan bagi penciptaan produk data dan aplikasi mudah alih yang kreatif dan berkualiti dengan memanfaatkan penggunaan teknologi terkini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Tel: 03-8872 3138 / 017.696 3732

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.