Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 29/08/2019

FESTIVAL TARI MALAYSIA DAN KEJUARAAN TARI KANAK-KANAK 2019 MENGEGARKAN ISTANA BUDAYA

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Istana Budaya akan mengadakan Pertandingan Akhir Festival Tari Malaysia dan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak 2019.

Pencarian peserta FTM 2019 dilakukan dengan melaksanakan penilaian pada tahun 2018 melalui Rakaman Video yang dihantar oleh peserta kepada JKKN Negeri untuk dinilai oleh Jawatankuasa dan Juri yang telah dilantik khas oleh JKKN. Bagi FTM 2019 Sebanyak 79 kumpulan dengan jumlah peserta seramai 1031 orang terlibat di seluruh negeri manakala Kejuaraan Tari Kanak-kanak pula sebanyak 102 Kumpulan dengan jumlah peserta seramai 1480 orang seluruh negeri.

Dari jumlah tersebut empat (4) Kumpulan dan empat (4) orang tarian solo terpilih dengan jumlah peserta seramai 55 orang untuk bertanding di peringkat akhir bagi FTM 2019 manakala Kejuaraan Tari Kanak-kanak pula dua belas (12) kumpulan yang terdiri daripada empat (4) kumpulan, empat (4) berpasangan (Duo) dan empat (4) orang solo dengan jumlah keseluruhan seramai 75 orang.

Sehubungan dengan itu, Pertandingan Akhir Festival Tari Malaysia dan Kejuaraan Tari Kanak-Kanak 2019 akan diadakan seperti di butiran berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 3 September 2019

Rabu 4 September 2019
MALAM GALA
Majlis Penyampaian Hadiah

Masa: 8.00 Malam

Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Kuala Lumpur


Program

8.15 malam: Ketibaan Tetamu Jemputan

8.25 malam: Ketibaan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelancongan,Seni Dan Budaya Malaysia dan Ketua-Ketua Pengarah
Agensi/Jabatan di Bawah Kementerian

8.30 malam: Ketibaan YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

8.35 malam: Nyanyian Lagu: Negaraku & Malaysia Bersih

8.40 malam: Persembahan Selamat Datang tarian Pawana oleh Istana Budaya

8.45 malam: Tayangan Montaj Festival Tari Malaysia 2019

8.50 malam: Sesi Pertandingan:
2 Kumpulan FTM: Kategori Rampaian Tradisional (2)
3 Kumpulan (KT): Solo (1), Duo (1), Kumpulan KBSC (1)

9.10 malam: Persembahan Selingan:
Muzik Ensemble Tradisional Cina oleh Kumpulan Wau Ensemble
Persembahan Tarian Ayak-Ayak oleh MIDO

9.15 malam: Sesi Pertandingan:
2 Kumpulan FTM: Kategori Kontemporari Solo (2)
3 Kumpulan (KT): Solo 1, Duo (1), Kumpulan KBSC (1)

Tayangan Montaj Kejuaraan Tari Kanak-Kanak 2019

9.25 malam: Persembahan Selingan:
- Tarian Moden India oleh Kumpulan Unique Arts, Culture and Heritage Foundation
- Tarian Kopakkitatom oleh Kumpulan Genius Tari
- Persembahan nyanyian oleh Noraniza Idris bersama Kumpulan Kesenian JKKN

9.45 malam: Pengumuman pemenang Kejuaraan Tari 2019:
- Kategori Solo: Juara, Naib Juara, Ketiga
- Kategori Duo: Juara, Naib Juara, Ketiga
- Kategori Kumpulan KBSC: Juara, Naib Juara, Ketiga
- Tiga Anugerah Khas

10.15 malam: Persembahan Penutup

10.30 malam: Majlis Dijangka Selesai

Sila klik disini untuk Poster


Majlis penyampaian hadiah akan disampaikan oleh YB Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Wakil media dan bloggers adalah dijemput untuk menyaksikan dan membuat liputan serta hebahan program ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nik Mohd Fadly bin Nik Mat
Tel: 013-382 2115
Emel: nikfadly@jkkn.gov.my

Nama: Nurazlin binti Mazene
Tel: 019-708 2421
Emel: nurazlin@jkkn.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.