Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 30/08/2019

JEMPUTAN MEDIA KE SIDANG AKHBAR CHEONAN WORLD DANCE FESTIVAL 2019 KOREA

Dimaklumkan bersempena penyertaan Jabatan Seni Persembahan, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ke Cheonan World Dance Festival & 28th Daegu World Dance Festival di Korea pada 22 September 2019 - 5 Oktober 2019, satu sidang media akan diadakan. Sehubungan itu, YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menghadiri Sidang Media Cheonan World Dance Festival 2019 pada ketetapan seperti maklumat berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 12 September 2019

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Mini Auditorium, MaTIC

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang akhbar tersebut.

SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Dr. Colleen Wong
Tel: 019-3510899

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.