Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Selasa 03/09/2019

BANK ISLAM MELANCARKAN PROGRAM WOMEN IN BUSINESS (WINBIZ)

Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan melancarkan sebuah program khusus untuk usahawan wanita dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dikenali sebagai Women in Business (WinBiz).

Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir, Datuk Zamani Abdul Ghani, Pengerusi Bank Islam dan Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 5 September 2019

Masa: 11:00 pagi - 1:00 tengah hari

Tempat: Tamingsari Grandballroom
The Royale Chulan Kuala Lumpur
5, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Program

11:00 pagi : Ketibaan tetamu undangan, dif-dif kehormat dan pengamal media

11:30 pagi : Ketibaan YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

11:35 pagi : Nyanyian lagu Negaraku

: Bacaan Doa

: Ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Muazzam Mohamed,
Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam

: Ucapan perasmian dan pelancaran program WinBiz Bank Islam oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

: Penyempurnaan pelancaran program WinBiz oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri. Diiringi oleh Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani dan Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam

12:00 tengah hari : Jamuan makan tengah hari

12:30 tengah hari : YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri meninggalkan majlis

: Sidang media

1:00 tengah hari : Majlis dijangka selesai

*Kod pakaian: Kemas

Dikeluarkan bagi pihak Bank Islam Malaysia Berhad

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER : BIMB Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel: 019-3394491 / 03-2782 1232

Nama: Encik Omar Atin
Tel: 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.