|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 04/09/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE PESTA AIR KUALA PERLIS 2019
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Pesta Air Kuala Perlis bermula 7 hingga 8 September 2019 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis. KDYTM Tuanku Raja Perlis berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program Pesta Air Kuala Perlis 2019.
Pesta Air Kuala Perlis 2019 merupakan acara tahunan yang dinantikan oleh peminat sukan air, penduduk tempatan serta pelancong luar negara. Program ini memberikan impak positif terhadap industri pelancongan sosio ekonomi rakyat tempatan di Negeri Perlis. Pesta Air Kuala Perlis 2019 ini juga telah diangkat sebagai salah satu acara utama dan acara tahunan Kalendar Pelancongan Negeri Perlis.
Program akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu-Ahad 7 - 8 September 2019
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Perlis
Sila klik disini untuk PROGRAM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Siti Aishah Othman
Tel: 017- 756 3074
Emel: sitiaishah@motac.gov.my
Nama: Farah Shamin Azim
Tel: 013- 554 8093
Emel: farah.shamin@motac.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|