|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 04/09/2019
JEMPUTAN: AGROBANK DURIAN FESTIVAL
Agrobank buat julung kalinya akan menganjurkan Agrobank Durian Festival yang dilaksanakan sempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Agrobank. Untuk makluman, buah durian dipilih bagi festival ini kerana untuk menyahut seruan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk menggalakkan lebih ramai agropreneur untuk menceburkan diri di dalam industri durian tambahan pula, durian merupakan salah satu sumber kekayaan baru yang boleh diterokai agropreneur.
YB Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani akan hadir menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan festival ini. Selain itu, YB Tuan Sim Sze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani akan turut hadir memeriahkan Agrobank Durian Festival.
Untuk makluman, seramai 10 orang usahawan akan membuka ruang pameran bagi mempromosikan produk durian mereka selain mengadakan sesi networking bagi tujuan pemasaran. Antara aktiviti yang menarik yang bakal diadakan adalah jualan durian dan produk durian, demo masakan berasaskan durian, bicara bisnes dan lain-lain aktiviti menarik.
Berikut adalah butiran program:
Hari/Tarikh: Jumaat 6 September 2019
Masa: 10:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat: Perkarangan Menara Agrobank
Leboh Pasar Besar
50726 Kuala Lumpur
Sila klik disini untuk PROGRAM
- Poster
Nota:
Sekiranya anda memandu kenderaan sendiri, anda boleh meletakkan kenderaan di Dataran Underground. Berikut adalah harga parkir di Dataran Underground dari Isnin - Jumaat:
- Jam pertama - RM 5.00
- Setiap jam berikutnya - RM 4.00
- Had Maksimum harga parkir - RM 25.00
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Syarifah Syameen Syed Johari
Pegawai Perhubungan Awam
Tel: 012-310 1766
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|