|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 06/09/2019
JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA HARI MARDI NEGERI SEMBILAN 2019
Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan Hari MARDI Negeri Sembilan 2019 pada 7 September 2019 (Sabtu) di MARDI Jelebu, Negeri Sembilan bermula jam 8.30 pagi - 5.00 petang. Program ini diadakan bertujuan untuk memudahkan golongan sasar terutamanya petani, penternak dan nelayan bagi mendapatkan perkhidmatan daripada MARDI dan Jabatan/Agensi Kementerian yang lain. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Bakri bin Sawir, EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan merangkap ADUN Klawang pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 7 September 2019
Masa: 10.00 pagi
Tempat: MARDI Jelebu, Negeri Sembilan
Lokasi GPS: https://goo.gl/maps/i5jZqHnXMamjEQYi7
Program
8.30 pagi: Ketibaan tetamu jemputan
8.45 pagi: Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Bin Mohd Noor,
Ketua Pengarah MARDI
Ketibaan YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin Bin Hassan,
Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
9.00 pagi: Ketibaan YB Tuan Haji Bakri bin Sawir,
EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan merangkap ADUN Klawang
Lawatan ke Empangan MARDI Jelebu
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN
10.00 pagi: Nyanyian lagu Negaraku dan Malaysia Bersih
Bacaan doa
Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Bin Mohd Noor,
Ketua Pengarah MARDI
Ucapan perasmian oleh YB Tuan Haji Bakri Bin Sawir,
EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan merangkap ADUN Klawang
Gimik perasmian
Penyerahan geran Agropreneur Muda MARDI dan dividen projek udang galah Jabatan Pertanian (DOA)
Lawatan ke reruai pameran Jabatan/Agensi dan swasta
Sesi menanam pokok di Dusun Kenangan
Sidang media
12.30 tengah hari: Makan tengah hari / Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Hari MARDI dan majlis perasmian tersebut.
Sumber: MARDI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587
Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672
-BERNAMA |
|
|
|
|
|