Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Keretapi Sarong 2019 pada 16 September 2019 di Kuala Lumpur. Acara ini telah disenaraikan sebagai inisiatif Malaysia dalam menyokong ASEAN Year of Culture 2019 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 16 September 2019
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Kajang MRT Station, Selangor
Keretapi Sarong adalah acara flash mob awam yang mula diperkenalkan sejak 2012. Acara ini juga dapat menggalakkan penggunaan sarong serta mendidik masyarakat umum mengenai sejarah dan warisan busana sarung. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperingati kelahiran Malaysia dengan meraikan busana, warisan, bandar raya dan terutama sekali negara kita dalam semangat kemerdekaan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan acara tersebut.
Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Suzilawati binti Shuhaimi
Tel: +6016-206 5771
Emel: suzilawati@motac.gov.my