|
|
|
|
Disember 04, 2025 -Khamis |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 13/09/2019
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN LAWATAN VALTTERI BOTTAS KE PIC
Bersempena Grand Prix Singapura 2019 yang akan berlangsung pada 20-22 September 2019, pelumba pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport, Valtteri Bottas akan melawat Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Johor bagi sesi bertemu peminat dan menyertai aktiviti bersama murid dari beberapa sekolah di sekitar PIC yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 18 September 2019
Masa: 2:00 petang - 5:00 petang
Tempat: Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Pengerang, Johor
Program
2:00 petang: Pendaftaran media
3:00 petang: Perjumpaan Valtteri Bottas bersama peminat
4:00 petang: Perjumpaan Valtteri Bottas bersama murid sekolah
Temubual media bersama:
Valtteri Bottas
Pelumba pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport
Datin Anita Azrina A Aziz
Ketua Pemegang Kepentingan, Komunikasi dan Pengurusan Risiko Petronas Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC)
5:00 petang: Bersurai
Sila letak kenderaan anda di kawasan berhampiran pintu masuk PIC dan hubungi Auliya Rasyid di talian 019 222 0179 sebaik tiba di pintu masuk PIC.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis lawatan tersebut.
Dikeluarkan oleh
Jabatan Perhubungan Media
Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan
PETRONAS
Sumber: PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Auliya Rasyid
Tel: 019 222 0179
Emel: auliya_rasyid@petronas.com.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|