Disember 04, 2025 -Khamis

 
 
 

Jumaat 13/09/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN LOGO 'KHAIRA' CSR PPZ-MAIWP & PROGRAM 'FOOD FOR US'

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan memperkenalkan logo rasmi program CSR dibawah PPZ-MAIWP iaitu Khaira.

Selaras dengan pelancaran logo Khaira ini, turut diadakan program khidmat komuniti staf PPZ-MAIWP iaitu 'Food For Us' bersama anak-anak yatim di Rumah Perlindungan Nur Qaseh.

Pelancaran logo Khaira ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Berikut adalah butirannya:

Hari/Tarikh : Ahad 22 September 2019

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Rumah Perlindungan Nur Qaseh, No. 0641, Fasa 6, Jalan 14, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

Sumber: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 393 5432

Nama: Puan Iylia Mardhiana
Tel: 019 550 6747

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.