|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 17/09/2019
JEMPUTAN MEDIA: MTCC RAI USAHA KELESTARIAN DENGAN MAJLIS ANUGERAH DAN MAKAN MALAM ULANG TAHUN
Bersempena ulang tahun ke-20 yang bertemakan "Pushing Boundaries Advancing Sustainability", Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) akan mengadakan Penyampaian Anugerah Kelestarian MTCC (MTCC 20th Anniversary Sustainability Awards) untuk menghargai dan meraikan usaha serta komitmen pengurus hutan dan perusahaan kayu dalam memenuhi permintaan terhadap amalan pengurusan hutan mampan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS; merupakan skim pensijilan kayu nasional untuk kemampanan hutan yang dibangunkan dan dikendalikan oleh MTCC).
Anugerah ini mengiktiraf organisasi yang telah mempamerkan kepimpinan dan telan dalam melaksanakan inisiatif dalam kemampanan hutan melalui pelaksanaan, prosedur, rancangan projek atau inisiatif yang mengambil kira pelbagai aspek kemampanan.
Anugerah ini akan disampaikan oleh YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama.
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 24 September 2019
Masa: 7.00 malam (ketibaan tetamu & media)
Tempat: Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat: YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama
Program
7.00 malam: Ketibaan & Pendaftaran Tetamu dan Media
8.00 malam: Ketibaan YB Puan Teresa Kok
Menteri Industri Utama
8.10 malam: Ucapan Aluan oleh YBhg. Datuk K. Yogeesvaran
Pengerusi MTCC
8.15 malam: Makan Malam
8.35 malam: Ucapan oleh YB Puan Teresa Kok
Pelancaran "MTCC 20th Anniversary Commemorative Book"
Makan Malam
9.45 malam: Penyampaian "MTCC 20th Anniversary Sustainability Awards"
10.30 malam: Majlis berakhir
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Hasif Azizan
Tel: 018 322 5742
Emel: hasif@mtcc.com.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|