Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 17/09/2019

JEMPUTAN MEDIA: MAJLIS PERASMIAN MTCC 20th ANNIVERSARY CONFERENCE OLEH YB TERESA KOK

Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) merupakan sebuah organisasi yang ditugaskan untuk melaksanakan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS), akan menganjurkan MTCC 20th Anniversary Conference buat pertama kali- juga merupakan salah satu program yang telah dirangka bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-20.

Bertemakan "Pushing Boundaries Advancing Sustainability", persidangan ini akan menampilkan dialog bersama ahli industri perkayuan (yang merupakan salah satu sektor komoditi negara) mengenai pensijilan sebagai pemacu inovasi dan pensijilan masa hadapan dalam ekonomi digital serta sasaran 2030.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Majlis Perasmian MTCC 20th Anniversary Conference
oleh YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama

Hari/Tarikh: Selasa 24 September 2019

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Tetamu Kehormat: YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama


Program

8.30 pagi: Pendaftaran & Ketibaan Tetamu dan Media

9.15 pagi: Kedatangan Tetamu kehormat
YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama

9.30 pagi: Ucapan Aluan oleh Datuk K. Yogeesvaran, Pengerusi, MTCC

9.45 pagi: Perasmian & Ucapan oleh YB Teresa Kok

10.15 pagi: Minum pagi / Tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

SUMBER: Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Hasif Azizan
Tel: 018 322 5742
Emel: hasif@mtcc.com.my

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.