|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 20/09/2019
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM KOMUNITI PPR PUDU ULU, SEBARKAN KEBAIKAN
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Program Komuniti PPR Pudu Ulu, Sebarkan Kebaikan.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang zakat dan seterusnya menunaikan zakat.
Beberapa 'booth' daripada PPZ-MAIWP akan dibuka manakala Tesco akan mengadakan temuduga terbuka untuk orang ramai yang mencari peluang pekerjaan.
Majlis ini akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. Turut disertai oleh Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Pudu Ulu, Encik Nooranis Zulkefly.
Berikut adalah butirannya:
Hari/Tarikh: Sabtu 28 September 2019
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dataran PPR Pudu Ulu, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Iylia Mardhiana
Tel: 019 550 6747
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 393 5432
-BERNAMA |
|
|
|
|
|