ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 23/09/2019

JEMPUTAN KE SESI SIDANG MEDIA PRA-TONTON KHAS SEMPENA PAMERAN 'THE GREAT STEPPE: HISTORY AND CULTURE- THE PROCESSION OF THE GOLDEN MAN TO THE WORLD MUSEUM'

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, (MOTAC) melalui Jabatan Muzium Malaysia dan Ketua Pengarah Muzium Negara Kazakhstan akan mengadakan sidang media dan pameran seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 30 September 2019

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia

PROGRAM

11.15 pagi : Ketibaan Media

11.30 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim
Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia & Ketua Pengarah Muzium Negara Kazakhstan

: Sidang media & soal jawab

: Preview koleksi dan lawatan ke galeri pameran

: Tayangan Video

12.30 tengah hari : Jamuan


VIP :
Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim
Ketua Pengarah Muzium Negara Kazakhstan

Pameran 'The Great Steppe: History and Culture- The Procession of the Golden Man to the World Museums' ini diadakan bertujuan mempromosikan pertukaran budaya antara dua buah negara iaitu Kazakhstan dan Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada projek jelajah ke muzium-muzium di seluruh dunia dan Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menjadi tuan rumah bagi pameran ini. Pihak National Museum of the Republic of Kazakhstan akan mempamerkan sebanyak 177 set koleksi dan menampilkan karya-karya seni perhiasan unik serta artifak yang terdapat di tapak pengebumian Taldy II di pusat Kazakhstan.

Bersama-sama dengan ini disertakan borang pengesahan kehadiran.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Jamil
Tel : 019-9643940

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.