|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 25/09/2019
JEMPUTAN MEDIA MUZAKARAH PAKAR "KAEDAH FIQH MANHAJ MALAYSIA"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Muzakarah Pakar Kaedah Fiqh Manhaj Malaysia seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 26 September 2019
Masa: Rujuk Program
Tempat: Dewan Besar, IKIM
Program
8.30 pagi - 9.00 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi - 9.15 pagi: Ucapan Aluan
YBhg. Datuk Prof Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9.15 pagi - 9.30 pagi: Ucap Tema Muzakarah: "Kaedah Fiqh Manhaj Malaysia"
YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9.30 pagi - 10.00 pagi:
Minum pagi
Sesi Pembentangan
Moderator
YBrs. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Felow Utama/Pengarah
Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik (SYARAK)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
10.00 pagi - 10.45 pagi:
Kertas 1:
"Fiqh Waqi' dan Tajdid Fatwa dalam Realiti Semasa Malaysia"
YBhg. S.S Dato' Zulkifly Haji Muda
Mufti Terengganu
10.45 pagi - 11.30 pagi:
Kertas 2:
"Fiqh Dakwah Masyarakat Majmuk di Malaysia"
YBrs. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
11.30 pagi - 12.15 Tengah hari:
Kertas 3:
"Fiqh Muamalah & Pembangunan Ekonomi Ummah"
YBhg. Prof. Mohd Nazari Ismail
Profesor, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM)
12.15 - 1.00 petang: Sesi Perbahasan & Perbincangan
1.00 petang: Makan Tengah hari/Bersurai
Islam agama yang bersifat syumul dan lengkap serta mampu mendepani cabaran di mana saja sepanjang zaman. Ciri yang mendasari kesyumulan Islam ialah tetap pada prinsip tetapi anjal dalam perlaksanaan mengikut realiti semasa, suasana dan setempat. Mengusulkan satu gagasan manhaj yang murni dan harmoni di dalam konteks Malaysia merupakan satu langkah penting. Tujuannya ialah untuk mendepani dua golongan ekstrem iaitu mereka yang terpengaruh dengan pemikiran luar dan longgar terhadap agama dan golongan lain pula yang terlalu tertutup kepada pembaharuan dan menolak kemajuan. Dalam konteks Malaysia, perlembagaan, undang-undang, adat dan budaya serta komposisi masyarakat yang majmuk membentuk satu manhaj yang unik iaitu Manhaj Malaysia. Satu perbahasan ilmiah diadakan bagi menggariskan asas, konsep, kaedah dan panduan yang sepadu, selari dan harmoni bagi membentuk kesatuan fikrah dalam mewujudkan Manhaj Malaysia.
Objektif
(i) Membahaskan tentang konsep dan kepentingan Manhaj Malaysia;
(ii) Menilai prinsip syariah dan khazanah ilmiah terhadap cabaran semasa dan setempat di Malaysia, dan
(iii) Menggariskan kaedah, pendekatan dan garis panduan dalam membentuk Fiqh Manhaj Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Program Muzakarah Pakar Kaedah Fiqh Manhaj Malaysia tersebut.
Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zarita Kasim
Tel: 03-6204 6329/017-366 1496
Nama: Pn. Suzanawati Sanil
Tel: 03-6204 6330 / 013- 228 8992
-BERNAMA |
|
|
|
|
|