Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Khamis 26/09/2019

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN COE TERNAKAN MARDI KLUANG & PELANCARAN BAKA BAHARU KAMBING MARDI

Sukacita dimaklumkan MARDI akan menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan MARDI Kluang & Pelancaran Baka Baharu Kambing MARDI pada 28 September 2019 (Sabtu) di MARDI Kluang, Johor. COE Ternakan ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan usaha penyelidikan ternakan yang lebih komprehensif sejajar dengan kehendak dan keperluan penternak tempatan dalam mengangkat martabat ke tahap yang lebih tinggi. Projek pembiakbakaan di COE Ternakan ini telah berjaya menghasilkan baka-baka baharu yang lebih baik seperti kambing yang akan dilancarkan pada majlis ini. Baka baharu kambing MARDI ini dimanipulasi secara optimum bagi memenuhi permintaan daging kambing tempatan yang lebih terarah kepada saiz kompak. Majlis akan disempurnakan oleh YB Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 28 September 2019

Masa: 3.00 petang

Tempat: MARDI Kluang, Johor


Program

1.30 petang: Ketibaan tetamu jemputan

2.15 petang: Ketibaan YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin Bin Hassan
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Ketibaan YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor

2.30 petang: Ketibaan YB Dato' Salahuddin Ayub
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Lawatan ke pameran ternakan hidup dan demonstrasi

3.00 petang: Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Malaysia Bersih

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan oleh
YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

Ucapan perasmian oleh
YB Dato' Salahuddin Ayub
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Tayangan video montaj

Gimik pelancaran baka baharu kambing MARDI

Penyampaian sijil seminar ternakan

Penyampaian cenderahati

Lawatan ke ruang pameran teknologi MARDI

Sidang media

4.30 petang: Minum petang/Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber: MARDI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.