|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 26/09/2019
JEMPUTAN MEDIA KE FESTIVAL OF ARCHITECTURAL AND CULTURAL HERITAGE OF THE LOST KINGDOM
Dimaklumkan bahawa YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan merasmikan Festival Of Architectural And Cultural Heritage Of The Lost Kingdom seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 29 September 2019
Masa: 8.00 malam hingga selesai
Tempat: Terrapuri Heritage Village Setiu,
Setiu, Terengganu Darul Iman
Sila klik disini untuk PROGRAM
Untuk makluman wakil-wakil media, Festival Of Architectural And Cultural Heritage Of The Lost Kingdom ini akan berlangsung selama tiga (3) hari bermula 28 September 2019 sehingga 30 September 2019. Terdapat pelbagai program yang akan berlangsung sepanjang festival diadakan iaitu Program Pelancongan Pelajar, MegaFAM Trip & Lawatan Berpandu dan Penerangan mengenai Terrapuri Heritage Village serta Program Continuing Tourism Related Education (CTRE) & Pengenalan Kepada Bengkel Oral History.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Faizal Ashsraf
Tel: 014- 715 3414
Nama: Encik Fazil bin Wel
Tel: 012- 395 2469
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|