|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 01/10/2019
SIDANG MEDIA MAJLIS PELANCARAN BUKU KONSEP SENI & VISUAL UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL
Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal telah melabuhkan tirainya setelah hampir 3 bulan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Oleh kerana kutipan dan sambutan yang memberangsangkan, pihak produksi mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku konsep seni dan visual filem animasi yang pertama di Malaysia. Buku ini juga adalah hasil kerjasama antara Les' Copaque Production dan Kumpulan Media Karangkraf.
Sidang media ini akan dihadiri oleh Tn Hj Burhanuddin (Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd), Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf) dan juga wakil pentadbiran tertinggi Universiti Kuala Lumpur.
Maklumat sidang media:
Hari/Tarikh: Khamis 3 Oktober 2019
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Level 29, Banquet Hall, Universiti Kuala Lumpur ( UNIKL MIIT), Bandar
Wawasan, Kuala Lumpur

Program
10.30 pagi: Pendaftaran
11.00 pagi: Bacaan Doa
11.10 pagi: Ucapan dari VIP
: Tayangan video
12.00 tengah hari: Sesi sidang media
: Jamuan ringan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber: Les' Copaque Production
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurulhuda Sharabuddin
Tel: 0123880571
Emel: nurulhuda@lescopaque.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|