|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/10/2019
MAJLIS PENILAIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH HIJAU 2019 REMAJA SEKOLAH DIPUPUK MENJADI "PELINDUNG SUNGAI KLANG"
Dimaklumkan bahawa anugerah hijau merupakan pertandingan tahunan anjuran EcoKnights dengan kerjasama projek Sungai Nadi Kehidupan untuk memupuk kepekaan dan penglibatan para pelajar sekolah menengah dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai kawasan Klang Valley.
Satu bengkel finalis telah dilangsungkan kepada pasukan-pasukan terpilih pada bulan Julai supaya mereka dapat menjalankan projek cadangan mereka dengan lebih lancar. Sekarang, tibalah masa untuk para pelajar membentang dan mempertandingkan pencapaian mereka demi gelaran "Pelindung Sungai Klang" buat tahun 2019.
Hari/Tarikh: Rabu 9 Oktober 2019
Masa: 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi: White Box, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
VIP: Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat, Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai,
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
*Jamuan ringan akan disediakan.
Catatan:
1. Visual baik dan peluang temu duga bersama tetamu terhormat serta pasukan pemenang.
2. Sila Sila klik sini untuk pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 8hb Oktober 2019, pukul 4.00 petang.
3. Sila rujuk kepada tentatif majlis di sini.
4. Untuk makluman lanjut sila layari https://anugerahhijau.my/
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: EcoKnights
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Ler Wei Rong
Pegawai Komunikasi Kelestarian EcoKnights
Tel: 019-2897018
Emel: rong@ecoknights.org.my.
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|