Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Isnin 07/10/2019

JEMPUTAN MEDIA WACANA DI RAJA: "ISLAM AGAMA RAHMAH: RAJA, PERLEMBAGAAN DAN PATRIOTISME"

Dimaklumkan bahawa Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Wacana Di Raja "Islam Agama Rahmah: Raja, Perlembagaan dan Patriotisme" pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 10 Oktober 2019

Masa: Rujuk Program

Tempat : Dewan Besar IKIM

Dirasmikan Oleh:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Etika Pakaian:
Lelaki: Baju Kebangsaan/Lounge Suit (Bersongkok)
Wanita: Baju Kebangsaan/Kurung/Kebaya (Tidak sedondon) dan berselendang


Sila klik di sini untuk PROGRAM

Wacana khas ini membicarakan tentang kepentingan memahami peranan institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia sebagai simbol penyatuan rakyat daripada pelbagai latar belakang budaya dan agama. Ia juga membincangkan semangat kesetiaan rakyat kepada raja dan negara dalam usaha mencapai kemakmuran dan keamanan sebagai manifestasi satu semangat patriotisme yang paling utama.

OBJEKTIF

Program ini dianjurkan bagi memenuhi objektif-objektif yang berikut:

i. Mengetengahkan peranan institusi Diraja di Malaysia sebagai tunjang kepada kedaulatan dan keamanan dalam negara dari perspektif sejarah, politik, undang-undang dan kepimpinan;

ii. Menjelaskan bagaimana sistem raja berperlembagaan berupaya menjadi mekanisme utama penyatuan masyarakat Malaysia.

iii. Membincangkan konsep patriotisme seiring dengan pemahaman yang jitu tentang prinsip kesetiaan kepada raja dan negara.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Wacana Di Raja "Islam Agama Rahmah: Raja, Perlembagaan dan Patriotisme" tersebut.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zarita Kasim
Tel: 03-6204 6329/017-366 1496

Nama: Pn. Suzanawati Sanil
Tel: 03-6204 6330 / 013- 228 8992

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.