Julai 04, 2025 -Jumaat

 
 
 

Selasa 08/10/2019

MAJLIS LAWATAN KE RUMAH PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI DI DENGKIL

Dimaklumkan bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan PROGRAM LAWATAN KE RUMAH PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI DI DENGKIL seperti berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 10 Oktober 2019

Masa: 3.00 petang

Tempat: Kuarters JAKIM, Kampung Orang Asli, Kolam Air Bangkong, 43800 Dengkil Selangor


Sila klik di sini untuk PROGRAM

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengadakan Program Lawatan Ke Rumah Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di Dengkil serta menyerahkan bantuan baik pulih berjumlah RM50,000.00 kepada 2 wakil PMOA di Dengkil dan Gombak sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan ini.

Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Tuan Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad dan turut dihadiri Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Abd Jabar.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: EKIN
Tel: 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.