Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Jumaat 11/10/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS SAMBUTAN WORLD BAMBOO DAY 2019

Dimaklumkan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan mengadakan sambutan World Bamboo Day 2019 pada 12 - 13 Oktober 2019 bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak.

Untuk makluman, World Bamboo Day (WBD) telah diisytiharkan pada tahun 2009 di Thailand semasa penganjuran Kongres Buluh Sedunia oleh Organisasi Buluh Sedunia. Di dalam kongres ini, 43 negara menyertainya dan Malaysia disertai oleh wakil daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Pada tahun 2012, MTIB telah mengambil langkah awal dengan menganjurkan WBD ini buat pertama kali di Malaysia selaras dengan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2011-2020.

Untuk menjayakan program ini, MTIB turut menjemput YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak dan YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama untuk menyempurnakan sambutan World Bamboo Day 2019. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 13 Oktober 2019

Masa : 2.00 petang

Tempat : Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak


Klik di sini untuk Aturcara

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Siti Hajar Zulkefle
Pegawai Komunikasi Strategik
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Industri Utama
Tel : 017-391 5951

Nama : Fia Nazeta Azilah
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tel : 011-230 95796

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.