Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Jumaat 11/10/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM KOMUNITI IMARAH MASJID

KHAIRA Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (KHAIRA PPZ-MAIWP) akan mengadakan Program Komuniti Imarah Masjid di Masjid Saidina Othman ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang zakat dan menyantuni golongan asnaf di sekitar Kawasan Bandar Tun Razak. Di samping itu juga, ianya sebagai salah satu aktiviti turun padang PPZ-MAIWP bersama komuniti setempat serta mengimarahkan fungsi masjid.

Beberapa 'booth' daripada PPZ-MAIWP dan jualan produk asnaf akan dibuka serta saringan pemeriksaan kesihatan secara percuma dari PEKA B40 akan diadakan pada hari tersebut.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut disertai oleh Pengerusi Masjid Saidina Othman ibn Affan, Datuk Haji Mustafa Mohd Nor seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 19 Oktober 2019

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Masjid Saidina Othman ibn Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur


Dilampirkan bersama Aturcara program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program komuniti tersebut.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Norazlina Nordin
Tel: 019 728 3839

Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 393 5432

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.