Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Jumaat 11/10/2019

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN & PAMERAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN BORNEO (BOSH 2019) KALI KE-6

Dimaklumkan bahawa Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), sebuah institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Borneo kali ke-6 (NIOSH 6th Borneo Conference and Exhibition on Occupational Safety and Health - BOSH 2019) pada 15-16 Oktober 2019 bertempat di Hotel Imperial, Kuching, Sarawak.

Persidangan dan pameran pada kali ini adalah bertemakan "Industrial Transformation : OSH Engagement for future skills and works" merupakan sebuah forum kebangsaan yang bakal mempertemukan para pengamal KKP (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), para professional dan ahli - ahli akademik, para majikan serta wakil-wakil dari sektor awam dan swasta dari dalam dan luar negara bagi membentangkan dan membincangkan topik penting dan terkini dalam bidang KKP. BOSH 2019 juga akan membuka penyertaannya kepada peserta-peserta dari negara ASEAN.

Untuk makluman, majlis perasmian persidangan ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Talib Bin Zulpilip, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri. Sehubungan dengan itu, NIOSH dengan berbesar hati ingin menjemput wakil-wakil media ke majlis perasmian BOSH 2019 pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 15 Oktober 2019

Masa: 9.00 Pagi

Tempat: Hotel Imperial, Kuching, Sarawak


Sila klik di sini untuk PROGRAM

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (NIOSH)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Ranjitha Bala
PRO NIOSH
Tel: 016 5597399

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.