Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Rabu 16/10/2019

MAJLIS PENYAMPAIAN KOMPUTER RIBA DAN LCD PROJEKTOR KEPADA SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIS

Rakan-rakan media dijemput ke "MAJLIS PENYAMPAIAN KOMPUTER RIBA DAN LCD PROJEKTOR KEPADA SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIS" seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 18 Oktober 2019

Masa : 3.00 petang

Tempat : Dewan ASTER, Tingkat 4, Blok A,
Bangunan Ibu Pejabat PKNS


PROGRAM

3.00 petang : Ketibaan Jemputan & Dif-Dif Kehormat

3.15 petang : Ketibaan Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS
Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd Jabar

: Ucapan Pengerusi Majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan oleh Pengarah JAIS
Tuan Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad

: Ucapan oleh Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS
Puan Hajah Siti Zubaidah binti Haji Abd Jabar

: Sesi Penyampaian :-

- Cek replika sumbangan kepada pihak JAIS

- Penyampaian Bantuan Komputer Riba dan LCD Projektor

- Penyampaian cenderamata daripada JAIS kepada PKNS

: Sesi bergambar

: Minum Petang

5.00 petang : Bersurai

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menyerahkan sumbangan Komputer Riba dan LCD Projektor kepada 44 buah Sekolah Rendah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan ini.

Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Korporat PKNS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd Jabar dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Tuan Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan segera amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama : Nursakinnah bt Abd Halim @ Ekin
Tel : 016-2456984

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.