Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Rabu 16/10/2019

JEMPUTAN MEDIA KE SAMBUTAN VM2020 BATIK FUN RUN & RIDE SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA PERINGKAT KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA TAHUN 2019

Dimaklumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menganjurkan Sambutan VM2020 Batik Fun Run & Ride sempena Bulan Sukan Negara Tahun 2019. Oleh itu, YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan melancarkan pelepasan peserta bagi Batik Fun Run & Ride tersebut yang bertempat di perkarangan luar bangunan MOTAC.

Selain daripada acara larian yang bakal dianjurkan, terdapat acara menarik lain yang turut berlangsung seperti senam seni, pertandingan mewarna, jualan Food Truck, karnival kesihatan Spa & Refleksologi, pertandingan e-Sport (e-Games Zone, Drone Zone, Play Zone dan Photo booth) dan pakaian yang paling kreatif juga akan dipertandingkan. Acara ini dijangka akan melibatkan seramai 500 penyertaan peserta dan akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 19 Oktober 2019

Masa : 6.15 pagi hingga 11.30 pagi

Tempat : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Presint 6, Putrajaya


Table

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Fazil
Tel : 012-395 2469

Nama : Pn. Assyizahani
Tel : 012-572 7886

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.