Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Rabu 23/10/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM AZKA TALK DI SEMINAR ANTARABANGSA ZAKAT, WAKAF DAN FILANTROPI ISLAM KALI KE-3

Akademi Zakat (AZKA) Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Universiti Teknologi MARA akan mengadakan Seminar Antarabangsa Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam kali ke-3.

Pada majlis tersebut akan diadakan program AZKA TALK bertajuk Peranan Zakat Dalam Menangani Kesenjangan Ekonomi : Satu Analisa Kontemporari yang akan disampaikan oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir pada program AZKA TALK ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Berikut adalah butirannya:

Hari/Tarikh: Rabu 30 Oktober 2019

Masa: 2.00 petang

Tempat: Dewan Halaman Bestari, Halaman Shah Alam (Intekma Resort)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Program AZKA TALK
Nama: Cik Norazlina Nordin
Tel: 019 728 3839

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.