Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Rabu 23/10/2019

JEMPUTAN MEDIA KE SOFT LAUNCH KEMPEN VISIT MALAYSIA 2020 (VM2020) PERINGKAT WP. PUTRAJAYA BERSEKALI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ECOTRAIL@ PUTRAJAYA 2019

Adalah dimaklumkan, bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan datang, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan mengadakan Soft Launch Kempen Visit Malaysia 2020 untuk melebar luaskan dan menghebahkan kempen tersebut melalui aktiviti-aktiviti di peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehubungan itu, YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) akan hadir bagi merasmikan pra-pelancaran kempen tersebut dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 26 Oktober 2019

Masa: 3.15 petang - 5.00 petang

Tempat: Anjung VIC, Taman Botani, Presint 1, Putrajaya


Sila klik di sini untuk PROGRAM

Selain daripada gimik pra pelancaran Kempen Visit Malaysia 2020 Peringkat W.P Putrajaya, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta larian Eco-trail International Putrajaya 2019 turut akan diadakan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Laily
Tel: 019-2092053

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.