Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Jumaat 25/10/2019

PANGGUNG SENI TRADISIONAL : TEATER TRADISIONAL AWANG BATIL "HIKAYAT CENDAWAN PUTIH"

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan melaksanakan Panggung Seni Tradisional (PST) 2019 Siri VI: Teater Tradisional Awang Batil "Hikayat Cendawan Putih" yang akan menampilkan Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis (TOPENG) di bawah arahan Shahrul Mizad Ashaari. Hikayat Cendawan Putih turut menampilkan Romli Mahmud (Tokoh Awang Batil) dan pelakon muda Hairi Safwan (Anak Wayang) serta ramai lagi. Pada dasarnya, penganjuran program ini adalah sebagai langkah pemuliharaan dan pengekalan seni warisan serta memartabatkan kesenian ini ke tahap yang lebih cemerlang. Persembahan ini merupakan Siri VI dan terakhir bagi program anjuran JKKN bagi tahun 2019.

Butiran adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 25 Oktober 2019
Masa: 8.30 Malam - 10.30 Malam

Hari/Tarikh: Sabtu 26 Oktober 2019
Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang
8.30 Malam - 10.30 Malam

Tempat: Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur


Sila klik di sini untuk POSTER

Sila klik di sini untuk INFO PST2019

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nik Mohd Fadly Bin Nik Mat
Tel: 013- 382 2115
E-mel: nikfadly@jkkn.gov.my

Nama: Eldawati Binti Laung
Tel: 019 - 809 1805
E-mel: eldawati@jkkn.gov.my

Nama: Nurhidayah Binti Zakaria
Tel: 019-559 6404
E-mel: nurhidayah@jkkn.gov.my

-BERNAMA











 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.