|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 25/10/2019
KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA BERGEMA DI PENJARA KAJANG
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui agensinya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan menganjurkan Showcase Koir Kebangsaan Malaysia (KKM) 2019 pada 02 dan 03 November 2019 bertempat di Dataran Utama, Penjara Kajang, Selangor.
KDYMM Sri Paduka Baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Duli Yang Mulia Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan untuk mencemar duli bagi menyaksikan showcase Koir Kebangsaan Malaysia 2019 pada 03 November 2019 jam 4.45 petang.
Selain daripada Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia, turut terlibat dalam mengadakan persembahan pada kali ini ialah Kumpulan Koir Penjara, Kumpulan Band Banduan Lelaki, Kumpulan Tarian Banduan Wanita. Artis terkenal tanahair yang turut bersama-sama memeriahkan showcase ini ialah Datuk Syafinaz Selamat dan juga Misha Omar.
Butiran adalah seperti berikut :
Hari/Tarikh : Ahad 3 November 2019
Masa: 4.00 petang
Tempat: Dataran Utama Penjara Kajang
**Pakaian: Smart Casual
Kepada yang berminat untuk menyaksikan dan membuat liputan berkenaan program ini sila sahkan kehadiran tuan/puan dengan mengisi maklumat di dalam Lampiran B selewat-lewatnya 30 Oktober 2019 jam 2.00 petang untuk kami panjangkan kepada pihak Jabatan Penjara.
Untuk makluman, pengamal media yang tidak membuat pengesahan kehadiran kepada pihak JKKN tidak akan dibenarkan masuk untuk membuat liputan berdasarkan prosedur dan syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Sila klik di sini untuk LAMPIRAN A
Sila klik di sini untuk LAMPIRAN B
Sila klik di sini untuk ATURCARA
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Eldawati binti Laung
Tel: 019-8091805
E-mel:eldawati@jkkn.gov.my
Nama: Nurazlin binti Mazene
Tel: 019-7082421
E-mel: nurazlin@jkkn.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|