|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 30/10/2019
JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA SEPANJANG MAJLIS SAMBUTAN 50 TAHUN MARDI
Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bakal menganjurkan Majlis Sambutan 50 Tahun MARDI pada 31 Oktober - 2 November 2019 (Khamis - Sabtu) yang bertempat di MAEPS, Serdang. Bersempena dengan majlis tersebut, pelbagai aktiviti dan program telah dirancang untuk diadakan termasuklah:
a. Majlis Perasmian 50 Tahun MARDI
b. Pameran Teknologi 50 Tahun MARDI
c. Majlis Makan Malam
d. Penyampaian Anugerah Khas
e. Persidangan Confertech dan AgroInvest
f. Program School of Green Shoots/ Tani Warriors
g. Pertandingan Memasak
h. Rakaman Tazkirah Malam Jumaat (Astro Oasis)
i. dan banyak lagi acara menarik.
Acara-acara khas yang akan diadakan adalah seperti butiran berikut:
Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun MARDI oleh YB Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pelancaran Buku 50 Tahun Menabur Bakti, Corporate Strategic Plan (CSP) MARDI 2021 - 2030 dan Pertukaran 4 Memorandum Persefahaman.
Hari/Tarikh: Khamis 31 Oktober 2019
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan D, MAEPS Serdang
Majlis Perasmian Confertech & AgroInvest oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Pelancaran Teknologi 5 Produk Inovasi Makanan MARDI, Buku Kompendium Sayuran Tradisional dan Virus Nuklear Polihedrosis (NPV)
Hari/Tarikh: Jumaat 1 November 2019
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Dewan D, MAEPS Serdang
Majlis Pelancaran Buku 50 Resepi Masakan Malaysia dan Keropok Lekor MARDI oleh YBhg. Dato' Mohd Sallehhuddin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Hari/Tarikh: Sabtu 2 November 2019
Masa: 10.00 pagi - 11.30 petang
Tempat: Dewan D, MAEPS Serdang
Atur cara penuh Sambutan 50 Tahun MARDI boleh di dapati di sini
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis-majlis tersebut.
SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587
Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|