Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Jumaat 01/11/2019

MAJLIS PELANCARAN & SIDANG MEDIA ANUGERAH NASYID IKIM 2019 (AN19)

Dimaklumkan bahawa Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mengadakan Majlis Sidang Media Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 5 November 2019

Masa: 2:30 petang

Tempat: Dewan Sajian, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Program:

2.15 petang: Ketibaan media dan para jemputan

2.30 petang: Ucapan Pengacara Majlis

Bacaan Doa

Ucapan oleh Ketua Pengarah IKIM

Sesi Perkenalan Finalis & Juri AN19

Sidang Media

Jamuan

4.00 petang: Majlis Bersurai


Anugerah Nasyid 19 (AN19) dianjurkan sebagai acara kemuncak kepada salah satu program Radio IKIM iaitu Segmen Carta Nasyid IKIM, yang bersiaran setiap Sabtu mulai jam 10 pagi. IKIM telah menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm pada tahun 2004, 2005 dan 2015 dan kemudiannya AN17 pada tahun 2017.

Penganjuran AN19 bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat industri daripada kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan pihak yang terlibat dalam penghasilan sesebuah lagu.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran dan sidang media tersebut.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zarita Kasim
Tel: 03-6204 6329/017-366 1496

Nama: Pn. Suzanawati Sanil
Tel: 03-6204 6330 / 013- 2288992

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.