Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 05/11/2019

BENGKEL "ISLAM DAN AMALAN PENYELIDIKAN BERETIKA"

Dimaklumkan bahawa Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Bengkel "Islam dan Amalan Penyelidikan Beretika" pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu-Khamis 6-7 November 2019

Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang (Hari Pertama)

8.30 pagi - 12.45 tgh hari (Hari kedua)

Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

PROGRAM

6 NOVEMBER 2019 (RABU)

08.00 - 08.45 pagi : Pendaftaran Peserta & Sarapan

08.45 - 9.15 pagi : Taaruf (Suai kenal)

09.15 - 10.00 pagi : Sesi I
"Kepentingan Etika dalam Islam"

10.00 - 10.45 pagi : Sesi 2
"Ekonomi dan Pihak Berkepentingan dalam Penyelidikan"

10.45 - 12.30 tgh hari : Sesi 3
"Pelanggan Etika Penyelidikan: Prespektif Islam"

12.45 - 02.30 petang : Makan tengahari dan Solat Zuhur

02.30 - 04.30 petang : Sesi 4
"Etika Islam dalam Pengurusan Data Penyelidikan"

04.30 petang : Jamuan ringan dan Penangguhan.


7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

08.00 - 08.45 pagi : Sarapan

08.45 - 9.15 pagi : Sesi 5
"Etika Islam dalam Penerbitan dan Penulisan Hasil Penyelidikan"

10.45 - 12.45 tgh hari : Sesi 6
"Pembudayaan Amalan Penyelidikan Beretika Menurut Islam"

12.45 tgh hari : Bersurai


Bengkel ini menyentuh perkara-perkara berkaitan etika penyelidikan yang berikut bagi memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai amalan penyelidikan yang beretika, iaitu

i. Perspektif Islam mengenai kepentingan amalan penyelidikan
beretika;

ii. Ekosistem dan pihak berkepentingan dalam penyelidikan;

iii. Pelanggaran etika penyelidikan;

iv. Etika pengurusan data penyelidikan;

v. Etika penerbitan dan penulisan hasil penyelidikan;

vi. Pembudayaan amalan penyelidikan beretika.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan bengkel tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zarita Kasim
Tel : 03-6204 6329 / 017-366 1496

Nama : Pn. Suzanawati Sanil
Tel : 03-6204 6330 / 013-228 8992

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.