Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 05/11/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA PENGISYTIHARAN IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN SENI KREATIF KEPADA YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan mengadakan Istiadat Konvokesyen ASWARA ke-15 pada ketetapan berikut :

Hari/Tarikh: Khamis 7 November 2019

Masa: 7.30 pagi

VIP: i. YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Perdana Menteri Malaysia)

ii. YB Datuk Mohamaddin Ketapi
(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia)

Tempat: Panggung Eksperimen, ASWARA


Bersempena dengan Istiadat Konvokesyen ini, pihak ASWARA akan menganugerahkan YAB Perdana Menteri Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif di atas jasa pembangunan kesenian kebudayaan negara. Selain itu, YAB Tun Dr. Siti Hasmah juga akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Promosi Seni Kreatif). Penganugerahan ini merupakan julung-julung kali diperkenalkan di ASWARA dan di Malaysia. Dengan ini, disertakan aturcara untuk perhatian YBhg Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan.

Sila klik di sini untuk ATUR CARA PROGRAM

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, (MOTAC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Mohd Fazil bin Wel
Tel : 03 8891 7190 / 012-3952469
E-mel : fazil@motac.gov.my

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.