Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 05/11/2019

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PEMBANGUNAN TANAH BERNAM JAYA DI ANTARA PKNS DAN SYARIKAT EASTERN ECOTOURISM CITY SDN BHD

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama Syarikat Eastern Ecotourism City Sdn Bhd.

Sesi menandatangani perjanjian ini akan disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Amirudin Bin Shari. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Ybhg Dato' Mohd Azizi bin Mohd Zain bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Eastern Ecotourism City Sdn Bhd yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 6 November 2019

Masa: 8.30 Pagi

Tempat: Bilik Gerakan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES),
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


PROGRAM

8.15 pagi: Ketibaan Jemputan

8.30 pagi: Ketibaan Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari

: Dato' Menteri Besar Selangor

: Ucapan Pengacara Majlis

: Sesi Menandatangani Perjanjian
Pembangunan Tanah Bernam Jaya di Antara
PKNS dan Syarikat Eastern Ecotourism City
Sdn Bhd

: Sesi Bergambar

: Minum Pagi

9.30 pagi: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Liya
Tel: 014-359 6112

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.