Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Rabu 06/11/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA PERSIDANGAN ANTARABANGSA ASEM MOOC STAKEHOLDERS' FORUM 2019 ANJURAN UMP DAN KPM

Dimaklumkan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan persidangan Antarabangsa The ASEM MOOC Stakeholders' Forum 2019 pada ketetapan berikut;

Hari/Tarikh: Khamis 7 November 2019

Masa: 9.00 pagi

Tempat: The Zenith Hotel, Putrajaya


Majlis akan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff, Pengarah Pusat K-MOOC, National Institute of Lifelong Education (NILE) Kementerian Pendidikan Korea.

Persidangan yang dihadiri lebih 130 peserta dari dalam dan luar negara ini merupakan satu medium bagi institusi pendidikan berkongsi dan bertukar pendapat dalam teknologi maklumat selaras dengan perkembangan terkini dunia pembelajaran secara atas talian.

Selain itu juga persidangan ini memberi faedah kepada pembangunan kursus pembelajaran dalam talian (MOOC) dan Global Classroom UMP serta kepada masyarakat pendidik di seluruh dunia seiring dengan perkembangan sistem pendidikan terkini.

Sila klik di sini untuk ATUR CARA PROGRAM

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis persidangan tersebut.

SUMBER: Universiti Malaysia Pahang

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Mimi Rabita Abdul Wahit
Tel: 09-4245058 /019-9887321
E-mel: mimirabitah@ump.edu.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.