|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 06/11/2019
KONVENSYEN PROTUNe 2019
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan Konvensyen PROTUNe 2019 Peringkat Negeri Selangor yang khusus diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan syarikat-syarikat PROTUNe di sekolah-sekolah seluruh negeri ini menerusi 12 kategori anugerah yang dipertandingkan.
Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato' Mohd Azizi Bin Mohd Zain serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim.
Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 7 November 2019
Masa: 11.00 Pagi
Tempat: Grand Ballroom, Hotel De Palma Shah Alam
Sila klik di sini untuk ATURCARA PROGRAM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Liya
Tel: 014-359 6112
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|